Monday, November 10, 2014
Definisi 5S
5S adalah satu akronim yang lahir daripada lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiketsu dan Shitsuke. Kelima-lima perkataan ini merupakan langkah utama dalam menjalankan aktiviti 5S iaitu :
1. Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik. Pada asasnya, kaedah Tag Merah
(Red-Tag) digunakan semasa proses menyisihkan barang.
2. Seiton (Susun)
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya ianya mudah dilihat, diambil dan dikembalikan ke tempat asalnya selepas digunakan semasa proses menyisihkan barang.
3. Seisou (Sapu)
Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada kekotoran dan habuk di kawasan penyimpanan, peralatan, persekitaran kerja.
4. Seiketsu (Seragam)
Memastikan tempat kerja berada dalam keadaan produktif dan selesa dengan mengamalkan seiri-seiton-seisou secara berterusan agar piawaian tinggi di tempat dapat dikekalkan.
5. Shitsuke (Sentiasa Amal)
Melatih warga kerja sentiasa mengamal dan mengekalkan budaya kerja yang berkualiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment