Alhamdulillah..
Audit Amalan 5S Pejabat Pendaftar Siri 1 yang bertemakan keperluan utama dan ruang kerja (meja pejabat) telah selesai dengan jayanya. Terima kasih atas kerjasama ahli 5S Zon Daya Saing yang telah bertungkus-lumus memastikan audit 5S berjalan dengan lancar dan sempurna. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada ketua-ketua bahagian yang telah melibatkan diri secara optimum dalam usaha memastikan amalan 5S di Zon Daya Saing berterusan dan seterusnya dijadikan budaya di dalam pelaksanaan amanah tugas dan tanggungjawab staf mereka.
Audit 5S yang seterusnya dijadualkan pada 5 Disember 2014 (Jumaat) dengan tema tempat simpanan dan ruang pejabat. Audit tersebut juga merangkumi kriteria keperluan utama dan ruang kerja yang telah menjadi tema untuk audit 5S pada 12 November 2014.
Sekian.
-Wakil Ketua Zon-
No comments:
Post a Comment